Perutusan Ketua Panitia

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Blog ini akan cuba memenuhi hasrat pihak sekolah yang mahu setiap mata pelajaran mempersembahkan maklumat terkini mengenai panitia masing-masing, kami mengalu-alukan sumbangan artikel daripada murid-murid dan guru-guru untuk memperkayakan Panitia Bahasa Melayu

sekian wassalam,

Ketua Panitia BM

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PMR KERTAS 1




Soalan 1 – 7 
Merupakan soalan – Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat.
• Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang dikemukakan
dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun.
• Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas untuk
membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut.
• Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang
mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal kesemua kosa kata
yang terdapat dalam kamus.
• Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk kamus.
Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang
anda kuasai.

Contoh
Lukisan yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu menunjukkan bahawa
pelukisnya mempunyai _________ yang tinggi.
A daya nukilan
B daya rasa
C daya imaginasi
D daya upaya

Soalan 8 – 14 
Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi:
(a) Kesalahan dari segi penggunaan kata;
(b) Kesalahan dari segi penggunaan frasa;
(c) Kesalahan dari segi struktur ayat;
(d) Kesalahan dari segi penggandaan;
(e) Kesalahan dari segi pemajmukan; dan
(f) Kesalahan dari segi pengimbuhan.
• Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat
penting.
• Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan
diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan.
Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk -di dalam/dalam, demi untuk/untuk,
pada/kepada, dari/daripada 2

• Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan
penguasaan tatabahasa anda.
• Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa
membaca akhbar atau majalah.

Contoh
Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya merentasi Selat
 A B C
Inggeris. Tiada kesalahan
 D

Soalan 15 – 17 
Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.
• Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan
kosa kata pelajar lemah.
• Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu
penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor
jawapan itu.
• Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.
• Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para
pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.

Contoh:
I Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang pintu itu.
II Filem yang menyayat hati itu memberi kesan kepada penonton.
III Dia memotong rumput supaya halaman rumahnya ada kesan cantik.(x)
IV Penyakit taun memberi kesan yang buruk terhadap industri pemakanan.
A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja (x)
D I, II, III dan IV (x)

Soalan 18 – 21 
Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar
diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika didapati
salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.3
• Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa
yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata
ganda, struktur ayat, atau pemajmukan.
• Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. Manamana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.
• Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka
memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan
tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan
penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.

Contoh
Subhi menceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki Gunung Ledang di Johor.
A cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan berB bercerita tentang pengalaman dia (x) = dia digantikan dengan –nya.
C menceritakan pengalamannya (9)
D menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja berimbuhan –kan tidak
menerima kata sendi nama; tentang.

Soalan 22 – 24 
Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi.
Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari
segi strukturnya.
• Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
• Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan.
Biasanya tiga.

Contoh
• Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung
supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.
• Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi
tersebut.

Contoh
• Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan
tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan.
• Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa
memeriksa semula jawapan anda.

Soalan 25 –27 4
Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja.
Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.
• Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga boleh
menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.
• Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan.
Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.

Contoh
I Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.
II Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.
III Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x) (sombong = kata
adjektif; sepatutnya = tidak)
IV Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui pembedahan
kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja (x)
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja (x)
• (Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh
digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.)

Soalan 28 – 30 
Soalan tentang peribahasa.
• Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.
• Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi
• penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks
• Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.
• Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.
• Cari maksud dan makna peribahasa tersebut.
• Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam karangan pelajar.

Soalan 31 – 35 
Pemahaman Prosa (KOMSAS)

Soalan 36 – 40 
Pemahaman Puisi (KOMSAS)
• Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya
membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.
• Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti. 5
• Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan
yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai
murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar
akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.
• Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
• Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
• Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;
• Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.
Soalan (a)
• Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti
jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.
Soalan (b)
• Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan
sahaja.
Soalan (c)
• Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan
prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.
• Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah
menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.

1 Ulasan:

Unknown said...

terima kasih atas semua ni, banyak membantu aku dlm peperiksaan bahasa melayu!!!

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes