Perutusan Ketua Panitia

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Blog ini akan cuba memenuhi hasrat pihak sekolah yang mahu setiap mata pelajaran mempersembahkan maklumat terkini mengenai panitia masing-masing, kami mengalu-alukan sumbangan artikel daripada murid-murid dan guru-guru untuk memperkayakan Panitia Bahasa Melayu

sekian wassalam,

Ketua Panitia BM

Keputusan PMR 2012

                     


Assalamualaikum.


Tahniah buat calon-calon PMR yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Walaupun SMKS3 tidak berjaya melahirkan calon yang berjaya mendapat 8A pada tahun ini. Sekurang-kurangnya, calon-calon tahun ini telah menunjukkan kesungguhan dan usaha yang berterusan. Tahniah kepada Afiq Aidil kerana berjaya mendapat 6A. Bagi calon-calon yang kurang bernasib baik teruskan usaha dalam peperiksaan akan datang.
Semoga anda berjaya di dunia dan akhirat.

Sekian, Wassalam.

Kembara Bahasa Melayu

Alhamdulillah , Kembara BM telah berjaya dijalankan pada 22 Febuari yang lepas.Kembara tahun ini disertai oleh 14 kumpulan yang melibatkan hampir keseluruhan murid SMKS 3.Mereka bergerak ke lima stesen untuk mengumpulkan mata kumpulan masing-masing . Pada tahun ini panitia menambah satu lagi aktiviti iaitu terjemahan BI ke BM selaras dengan dasar MBMMBI Kementerian Pelajaran yang mahu kedua-dua bahasa itu diperkasakan di sekolah. Sekian

maklumat lanjut ....

Harapan dan Cabaran Kepada Calon PMR 2012

Kejayaan di hujung jari anda



Assalamualaikum.
Masuk sesi persekolahan yang baru pihak sekolah terus dengan program-program yang menjurus kepada peningkatan prestasi murid.
Semua pihak tahu bahawa kecemerlangan hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih dan disertai doa kepada Allah s.w.t. Bagi bulan Januari dan Febuari program yang diajalankan ialah Mento-mentee, Perjumpaan Tiga Penjuru dan Solat Hajat .
Target pencapaian  Panatia BM pada tahun ini ialah menyasarkan 21 orang mendapat A dalam BM dan mendapat Gred Mata Pelajaran : 2.08.
Semoga kerjasama yang diberikan oleh semua pihak akan membantu kita mencapai matlamat tersebut.

Kata Aluan Sesi 2012



Assalammualaikum w.b.t

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipanjangkan umur dapat meneruskan sesi persekolahan 2012.

Selamat datang kepada semua murid lama dan baru. Bagi murid baru, tanamkan azam untuk terus bersemangat belajar di SMKS3. Semoga pembukaan tahun 2012 ini akan membuka lembaran baru kepada semua murid di sekolah ini agar lebih bermotivasi untuk merangkul A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan  mata pelajaran yang lain.

Kepada bekas pelajar tingkatan 3 sesi 2011, saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya meraih A dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kejayaan anda semua adalah hasil usaha sendiri dan bantuan daripada ibu bapa dan guru-guru semua.

Buat semua guru panitia Bahasa Melayu, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga atas komitmen yang tiada tolok bandingnya dalam menjayakan misi dan visi panitia. Semoga guru-guru akan diberikan kekuatan serta kesihatan yang berkekalan oleh Allah agar  perjuangan ini dapat diteruskan hingga akhir hayat demi membina generasi akan datang.

Kepada pihak pengurusan dan PIBG terima kasih atas sokongan dan pembakar semangat kami semua.

sekian terima  kasih,

En. Amran bin Daud
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SMKS3

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes