Assalammualaikum w.b.t
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipanjangkan umur dapat meneruskan sesi persekolahan 2012.
Selamat datang kepada semua murid lama dan baru. Bagi murid baru, tanamkan azam untuk terus bersemangat belajar di SMKS3. Semoga pembukaan tahun 2012 ini akan membuka lembaran baru kepada semua murid di sekolah ini agar lebih bermotivasi untuk merangkul A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang lain.
Kepada bekas pelajar tingkatan 3 sesi 2011, saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya meraih A dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kejayaan anda semua adalah hasil usaha sendiri dan bantuan daripada ibu bapa dan guru-guru semua.
Buat semua guru panitia Bahasa Melayu, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga atas komitmen yang tiada tolok bandingnya dalam menjayakan misi dan visi panitia. Semoga guru-guru akan diberikan kekuatan serta kesihatan yang berkekalan oleh Allah agar perjuangan ini dapat diteruskan hingga akhir hayat demi membina generasi akan datang.
Kepada pihak pengurusan dan PIBG terima kasih atas sokongan dan pembakar semangat kami semua.
sekian terima kasih,
En. Amran bin Daud
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SMKS3