Perutusan Ketua Panitia

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Blog ini akan cuba memenuhi hasrat pihak sekolah yang mahu setiap mata pelajaran mempersembahkan maklumat terkini mengenai panitia masing-masing, kami mengalu-alukan sumbangan artikel daripada murid-murid dan guru-guru untuk memperkayakan Panitia Bahasa Melayu

sekian wassalam,

Ketua Panitia BM

Pesta Pantun Daerah Seremban

Diadakan di Sekolah ACS pada 16 April 2014 bermula 12  tengah hari.Sekolah akan menghantar perserta dan dua orang guru sebagai hakim.


Mesyuarat Pertandingan Sahibba Daerah Seremban 2

Mesyuarat berkenaan akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama pada 9 April 2014. Pertandingan akan diadakan di SMK Taman Forest Heights pada 21 Mei 2014


Berita Terkini PBS daripada KPM

Nama peperiksaan  tingkatan 3 ditukar daripada PMR kepada PT3. Pentaksiran Bahasa Melayu ada ujian lisan dan bertulis

Selamat datang ahli baru Panitia BM

Bagi sesi 2014,dialu-alukan kedatangan dua orang guru baru yang akan mengajar BM iaitu Puan.Sujimah bt Omar dan Pn.Ruslinda bt Abd Rahman.

PEMAKLUMAN : PENUKARAN NAMA SEKOLAH BERMULA 2014


Nama Sekolah Asal : SMK Senawang 3
Nama Baru: SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights
PRECINT 4, PERSIARAN TAMAN FOREST HEIGHTS 2
TAMAN FOREST HEIGHTS 70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN






Program Bacaan Yassin sempena berpindah ke bangunan baru


Perlantikan Pengawas sesi 2014


"JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM"


Usik-usik Bahasa



Gunakan bahasa yang betul. 
Gunakan Bahasa Ibunda.
Gunakan Bahasa Melayu...

Bahasa Jiwa Bangsa

PENANDA WACANA (DIGUNAKAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA)



Penanda wacana - permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

Penanda memulakan isi baharu 

a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

Penanda huraian isi karangan 

a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila

Penanda memberi contoh dalam karangan 

a) Sebagai contoh,
b) Tamsilnya,
c) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
d) Antaranya adalah seperti
i) Hal ini timbul apakala

Penanda menghuraikan contoh 

a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza 

a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa 

a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............

Penanda menutup isi 

a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

Penanda memulakan perenggan penutup 

a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes