Assalamualaikum.
Masuk sesi persekolahan yang baru pihak sekolah terus dengan program-program yang menjurus kepada peningkatan prestasi murid.
Semua pihak tahu bahawa kecemerlangan hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih dan disertai doa kepada Allah s.w.t. Bagi bulan Januari dan Febuari program yang diajalankan ialah Mento-mentee, Perjumpaan Tiga Penjuru dan Solat Hajat .
Target pencapaian Panatia BM pada tahun ini ialah menyasarkan 21 orang mendapat A dalam BM dan mendapat Gred Mata Pelajaran : 2.08.
Semoga kerjasama yang diberikan oleh semua pihak akan membantu kita mencapai matlamat tersebut.