Perutusan Ketua Panitia

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Blog ini akan cuba memenuhi hasrat pihak sekolah yang mahu setiap mata pelajaran mempersembahkan maklumat terkini mengenai panitia masing-masing, kami mengalu-alukan sumbangan artikel daripada murid-murid dan guru-guru untuk memperkayakan Panitia Bahasa Melayu

sekian wassalam,

Ketua Panitia BM

Kata Aluan Sesi 2012

Assalammualaikum w.b.t Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipanjangkan umur dapat meneruskan sesi persekolahan 2012. Selamat datang kepada semua murid lama dan baru. Bagi murid baru, tanamkan azam untuk terus bersemangat belajar di SMKS3. Semoga pembukaan tahun 2012 ini akan membuka lembaran baru kepada semua murid di sekolah ini agar lebih bermotivasi untuk merangkul A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan  mata pelajaran yang lain. Kepada bekas pelajar tingkatan 3 sesi 2011, saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya meraih A dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kejayaan anda semua adalah hasil usaha sendiri dan bantuan daripada ibu bapa dan guru-guru semua. Buat semua guru panitia Bahasa Melayu, saya mengucapkan...

Page 1 of 512345Next

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes